I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sekolahku Syurgaku Slideshow: SK’s trip from Petaling Jaya, Selangor, Malaysia to Sarawak was created by TripAdvisor. See another Sarawak slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Ahad, 31 Julai 2011

Sekolahku Syurgaku Slideshow

Sekolahku Syurgaku Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ Sekolahku Syurgaku Slideshow ★ to Sarawak. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"

Sabtu, 30 Julai 2011

REKABENTUK KURIKULUM ABAD KE 21

Kurikulum adalah ‘core’ kepada ‘business’ pendidikan. Ia merupakan satu rancangan pendidikan yang membendung segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma serta unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-ahli dari satu generasi kepada satu generasi lain. Rancangan pendidikan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan individu dan negara. Dalam Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) kedua-dua keperluan dihuraikan seperti berikut :
 " Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan murid yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi serta menyemai, menanam dan memupuk nilai-nilai akhlak yang diingini, di samping menyampaikan ilmu pengetahuan. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum itu juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mweujudkan perpaduan yang berpandukan Rukunegara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara. "
[ Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) ]

Dalam proses menyediakan warganegara Malaysia dengan pendidikan yang lengkap bagi mengisi dua keperluan utama iaitu keperluan individu dan keperluan negara, kurikulum perlu dirancang dan diurus dengan teliti. Ini amat penting untuk menentukan supaya kurikulum ini sesuai dengan keperluan dan berkualiti cemerlang.
Pembangunan tenaga manusia dan tenaga rakyat menjelang abad ke 21 tidak terhad kepada penyediaan dan pembekalan tenaga pekerja yang berketrampilan dalam sektor-sektor perindustrian dan perdagangan sahaja. Y.A.B. Perdana Menteri telah menghuraikan bentuk, corak dan tumpuan yang perlu dilakukan. 

Logo Kami

USAHA - CEMERLANG
DEDIKASI - GEMILANG
JAYA - TERBILANG

Mari Hayati Bersama

"Tanggungjawab sebagai seorang guru tetap dipikul dengan rasa keprihatinan yang tinggi.....
Lantaran kita semai..dan...kita bajai agar tumbuhnya tetap subur dan menghijau.....
Benih kebijaksanaan tetap menjalar...menjadi satu nekad dan keazaman.....
Persengketaan bukan penghalang kemesraan dan kasih sayang.....
Ikatlah sekeping hati kecil mereka dengan rantai "KEYAKINAN"....
Bubuhlah noktah di setiap keperitan dan kesengsaraan mereka.....
Tariklah kemilau kesengsaraan yang terpancar di lubuk hati mereka.......
Sememangnya mereka amat mendambakan SESUATU dari KITA"

Aktiviti Panitia

GURU BERWAWASAN MENJANA PERIBADI PELAJAR